Minggu, 06 Desember 2009

BATUAN SEDIMEN

Grand Canyon di Amerika dibentuk oleh batuan sedimen yang hampir mendatar



PENGENALAN
Sedimen merupakan bahan atau partikel yang terdapat di permukaan bumi (di daratan ataupun lautan), dan boleh mengalami proses angkutan dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Air dan angin merupakan agen pengangkut yang utama. Sedimen ini apabila mengeras akan menjadi batu sedimen. Kajian berkenaan dengan sedimen dan batu sedimen ini dipanggil sedimentologi. Antara sedimen yang ada ialah lumpur, pasir, kerikil dan sebagainya. Sedimen ini akan menjadi batu sedimen apabila mengalami proses pengerasan.
Sedimen = Bahan partikel yang peroi (lumpur, pasir, kelikir dan lain-lain)
Sedimen akan menjadi batuan sedimen melalui proses pengerasan atau pembatuan yang melibatkan:
1. Pemampatan (Compaction)
2. Penyimenan (Cementation)
3. Penghabluran semula (Recrystallization) terutamanya sedimen karbonat

TANDA-TANDA ATAU PETUNJUK BATUAN SEDIMEN

• Kehadiran perlapisan atau stratification
• Adanya struktur sedimen di atas satah atau di dalam perlapisan
• Terjumpanya fosil
• Kehadiran butiran yang telah mengalami proses angkutan (klas)
• Kehadiran mineral yang asalan sedimen (glaukonit, chamosite

BATUAN TERRIGENOUS / KLASTIK

PENGENALAN
Proses luluhawa akan menghakis batuan yang terdedah kepada proses ini menjadi serpihan atau pecahan batuan yang lebih kecil, dan pecahan baru ini akan dibawa oleh agen pengangkut (air dan angin) ke kawasan lain. Pecahan batuan ini akhirnya akan terkumpul di lembangan pengendapan baru, iaitu membentuk sedimen baru. Sedimen sebegini dipanggil sedimen terrigenous atau sedimen klastik.
Klastik (clastic) (bermaksud pecahan atau serpihan).
Sedimen klastik mempunyai tekstur yang dipanggil:
1. Klas (Clasts) (pecahan yang besar, contohnya pasir dan kelikir)
2. Matrik (Matrix) (lumpur atau sedimen halus lain yang mengelilingi butiran klas)
3. Simen (Cement) (bahan / mineral yang memegang atau mengikat klas dan matrix), contohnya:
- kalsit
- oksid besi
- silika
Secara umumnya, kehadiran matrik menunjukan sesuatu batuan tersebut tidak matang dari segi tekstur, dan kehadiran klas yang stabil (kuarza) menunjukan batuan tersebut mempunyai kematangan kimia yang tinggi.
Pengelasan batuan sedimen klastik dibuat berdasarkan kepada;
- tekstur atau saiz butiran
- Jenis sokongan butiran
- komposisi atau jenis butiran
- bentuk butiran
Batuan sedimen berklas / klastik (terrigenous) dikelaskan mengikut tekstur (saiz butiran):

* Kelikir (Gravel): Saiz butiran lebih besar daripada 2 mm
o Jika klasnya bulat = Konglomerat (conglomerate)
o Jika klasnya bersudut = Breksia (breccia)
* Pasir (Sand): Saiz butiran 1/16 hingga2 mm
o Batu Pasir (Sandstone)
o Jika butiran kuarza yang dominan = Batu pasir kuarza (quartz sandstone) atau arenit kuarza (quartz arenite)
o Jika butiran feldspar yang dominan = arkos (arkose)
o Jika pecahan batuan bersaiz pasir yang dominan = batu pasir litik (lithic sandstone) atau arenit litik (litharenite) atau grewak (graywacke)
* Silt: Grain size 1/256 to 1/16 mm (gritty)
o Siltstone
* Clay: Grain size less than 1/256 mm (smooth)
o Shale (if fissile)
o Claystone (if massive)

Batuan Piroklastik


Bahan yang terkeluar daripada gunung berapi dengan cara ini dikenali sebagai sedimen gunung berapi atau bahan volkanoklastik.
Batuan volkaniklastik boleh terbentuk dengan dua cara:
• Hakisan batuan volkanik yang sedia ada sebelumnya, dan terendap semula.
• Berasal terus daripada letusan gunung berapi. Sedimen yang terendap semula ke permulaan bumi ini akan melalui proses pemendapan seperti sedimen klastik lain. Batuan yang terbentuk daripada sedimen gunung berapi ini dikenali sebagai batuan piroklastik.

Dalam kebanyakan kes, agak sukar untuk membezakan antara kedua-dua jenis volkaniklastik ini. Walau bagaimanapun, mineral yang tidak stabil banyak ditemui dalam batuan piroklastik
Aktiviti gunung berapi juga boleh berlaku di dasar laut (dalam air), dan sedimen volkanoklastik yang terhasil akibat aktiviti gunung berapi ini mengalami proses pengendapan seperti lain-lain sedimen yang termendap di dasar laut. Jenis sedimen, saiz sedimen dan struktur sedimennya boleh sama, cuma proses pembentukan atau punca asalan sedimen sahaja yang berbeda.

PENJELASAN
Batuan volkanoklastik secara umumnya di kelaskan berdasarkan kepada saiz butiran (seperti batuan terrigenous lain).

BATU PASIR TUF
Batuan tuf merupakan batuan volkaniklastik bersaiz kurang daripada 2mm garis pusat.
Berdasarkan kehadiran hablur (crystal), litik (lithic) atau kaca/gelas (vitrik), tuf ini boleh dikelaskan kepada;
o Tuf hablur
o Tuf vitrik
o Tuf litik

AGGLOMERAT
Agglomerat adalah batuan volkaniklastik yang bersaiz lebih besar daripada 64mm.
Agglomerat terbentuk akibat daripada letupan dan letusan gunung berapi, dan terbentuk berdekapan dengan kawah gunung berapi.

NAMA : RIFA CHAIRUNNISA
NPM : 140710080042

Tidak ada komentar:

Posting Komentar